fbpx

Datuk paling tepati masa, pasang banyak jam dinding seluruh rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan koleksi jam dinding yang dipasang di dalam dan luar rumah. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Bandung, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa rumah datuknya mempunyai lebih 20 jam dinding, lapor portal berita Okezone semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @hafizryusup menunjukkan rumah itu dipenuhi koleksi jam dinding dengan warna dan bentuk yang berbeza. 

Jam itu bukan sahaja dipasang di ruang tamu dan bilik tidur, malah diletakkan di bahagian dapur sehingga luar rumah.

Setiap jam dinding itu berfungsi dengan baik meskipun jumlahnya terlalu banyak. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 5.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Definisi sebenar masa itu emas,” komen seorang netizen. 

“Kelakar! Semua jam pula berfungsi!” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI