fbpx

Datuk bandar Nabatiyeh maut dalam serangan di Lebanon 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap berkepul-kepul semasa serangan udara tentera Israel di bandar Nabatiyeh hari ini. - AFP

BEIRUT – Kementerian Kesihatan Lebanon menyatakan bahawa lima orang terbunuh dalam serangan askar Israel ke atas bangunan perbandaran di bandar Nabatiyeh, selatan negara itu, dengan datuk bandarnya adalah antara yang maut.

“Serangan Israel ke atas dua bangunan iaitu majlis perbandaran Nabatiyeh dan kesatuan majlis perbandaran, telah membunuh lima orang. Ini adalah jumlah korban awal,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, anggota penyelamat sedang mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan.

“Datuk bandar Nabatiyeh adalah antara yang terkorban. Ia merupakan satu pembunuhan beramai-ramai,” kata Gabenor Nabatiyeh, Howaida Turk kepada AFP.

Pasukan penyelamat yang berkaitan dengan Hezbollah sebelum itu berkata, beberapa orang terbunuh dalam serangan ke atas bangunan perbandaran termasuk Mejar Ahmad Kahil.

Menurut seorang pegawai Lebanon, Israel melakukan 11 serangan udara ke atas Nabatiyeh dan kawasan sekitarnya pada hari ini, beberapa hari selepas satu serangan yang memusnahkan pasar di bandar selatan itu.

“Buat masa ini, 11 serangan (dilakukan) dengan kebanyakannya melanda Nabatiyeh dan kawasan sekitarnya,” kata Howaida. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI