fbpx

Bukan jerung sebenar, hanya robot ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jerung paus yang dipamerkan di Xiaomeisha Sea World bukan jerung asli. - Jam Press

BEIJING – Sebuah taman akuarium di China menerima kecaman ramai pengunjung selepas jerung gergasi yang dipamerkan di situ didapati hanyalah sebuah robot, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Xiaomeisha Sea World di Shenzhen yang dibuka semula pada 1 Oktober lalu selepas menjalani pengubahsuaian selama lima tahun, diserbu orang ramai yang mahu melihat tarikan utamanya, seekor jerung paus.

Semasa awal pembukaannya selama seminggu, zoo lautan seluas 59,922 meter persegi itu menarik kira-kira 100,000 pengunjung yang membayar kira-kira AS$40 (RM170) untuk memasukinya.

Namun, mereka meluahkan rasa tertipu apabila mendapati jerung paus itu hanya sebuah alat mekanikal.

Beberapa gambar yang dirakam menerusi tangki kaca menunjukkan jerung robot tersebut mempunyai ruang yang jelas pada bahagian badan yang disambungkan.

Berang dengan keadaan itu, pengunjung membanjiri laman sosial Xiaomeisha Sea World dengan komen-komen yang mengecam pihak pengurusan.

“Tempat itu tidak cukup besar, malah jerung pausnya juga palsu. Menjelang pukul 3 petang (waktu tempatan), pengunjung sudah meminta wang mereka dikembalikan,” kata seorang individu.

Sementara itu, jurucakap Xiaomeisha Sea World dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menipu pelanggan, sebaliknya mereka mematuhi undang-undang larangan bagi pemerdagangan jerung paus. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI