fbpx

‘Belajar, jangan buat tak tahu’ – Haris Ismail tegur orang dedah aurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris memberi teguran halus buat mereka yang masih mempersoalkan tentang kewajipan menutup aurat.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz menegur segelintir individu yang sewenang-wenangnya mempersoalkan suruhan Tuhan tentang kewajipan menutup aurat.

Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 29, berkata, kenyataan segelintir individu yang berpendapat tidak selesa memakai hijab kerana lari daripada identiti sendiri adalah keterlaluan.

“Jarang saya nak beri komen tetapi kalau sudah melampau dan sebut, ‘lebih selesa tidak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’.

“Kita manusia tidak lari dari kesilapan, namun dalam agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap,” katanya dalam Instagram.

Tidak terhenti di situ, suami kepada selebriti popular, Neelofa itu, dia turut berkongsi hadis Nabi Muhammad SAW tentang larangan mempamerkan dosa.

Antara perkongsian suami kepada Neelofa iaitu Haris Ismail tentang suruhan menutup aurat dalam media sosialnya.

Jelasnya, setiap manusia yang melakukan perkara dilarang Allah tidak seharusnya menafikan suruhan tersebut, apatah lagi mempamerkannya kepada umum.

“Kita semua buat dosa, tetapi janganlah sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa dilakukan.

“Malulah kita dengan dosa, sebab yang buat dosa pahala ini bukan bapa saudara kita, tetapi Allah yang menetapkannya,” jelasnya.

Tambah Haris, dia bagaimanapun enggan menjatuhkan hukum atau menghakimi mana-mana individu sebaliknya hanya berpesan sebagai tanda peringatan.

“Belajarlah, jangan buat tak tahu. Kita tidak hukum sesiapa, cuma ingatkan sahaja.

“Kalau rasa dalam hati, jadi sandaran semata-mata, memang akan binasa hidup ini.

“Syariat Tuhan hadir adalah untuk membimbing manusia,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI