fbpx

Bekas pemilik Kuantan FA, Marcerra United ditahan ingkar lunas tunggakan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu bergelar Datuk ditahan polis di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United bergelar Datuk ditahan selepas didakwa ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berbaki RM1.4 juta melibatkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab itu pada 2018.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan selepas selesai prosiding sebutan kes jenayah berkaitan satu kes penipuan lain di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Peguam mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak berkata, penahanan itu dilakukan mengikut perintah komital yang telah dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Jelas beliau, mahkamah sama memutuskan bahawa individu itu perlu dipenjarakan selama seminggu atas kesalahan komital iaitu penghinaan terhadap perintah berkenaan.

“Mahkamah bagaimanapun memberi penangguhan selama dua minggu kepada individu itu bagi memberi peluang terakhir melunaskan tunggakan gaji tersebut.

“Namun, dia bertindak mendiamkan diri dan hanya membayar RM600,000 setakat pertengahan 2023 dan semua tunggakan masih berbaki RM1.4 juta sehingga kini,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah itu.

Tambah Mohd. Suhail, lelaki itu akan dibawa ke Penjara Kajang dan pihaknya turut akan memulakan tindakan jenayah di bawah kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kelak.

Sementara itu, bekas pemain Kuantan FA, Abdul Ghani Abdul Rahman, 39, berkata beliau bersyukur kerana akhirnya mendapat pembelaan dengan tertangkap bekas pemilik kelab tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI