fbpx

Adnan tak sempat tunai janji belanja anak-anak – Isteri pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslayti (dua dari kanan) bersama anak-anaknya menunjukkan baju milik arwah yang ada dalam simpanan ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Ngangoh, Kuala Krai hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KUALA KRAI – Seorang lelaki yang maut diserang harimau dalam kejadian di rumah kongsi Bagan Balak, Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik semalam tidak sempat menunaikan hajatnya untuk membelanja barangan keperluan untuk tiga anak yang masih bersekolah.

Isteri pertama mangsa, Roslayti Sulaiman, 51, berkata, suaminya, Adnan Ismail, 54, sudah berjanji untuk pulang menjenguk keluarganya di Kampung Ngangoh, di sini selepas menerima gaji sebagai pemandu jentera berat pada 10 Oktober lalu.

Menurutnya, arwah suaminya sepatutnya pulang hari ini dan akan membawa tiga daripada 10 anak untuk membeli barangan keperluan mereka.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah suami pada malam sebelum dia diserang harimau. Saya tidak sempat bercakap panjang dengannya ketika itu kerana talian terputus-putus.

“Selepas azan subuh pada pagi semalam, saya menerima panggilan daripada sepupu arwah yang memaklumkan bahawa suami maut diserang harimau,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Ngangoh, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI