fbpx

Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram nafi miliki bahan berkaitan Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Ulu Tiram yang di serang pada Mei lalu

KUALA LUMPUR – Abang sulung kepada lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan berkaitan pengganas Daesh.

Tertuduh Radin Romyullah Radin Imran, 34, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim K.Muniandy.

Mengikut pertuduhan pertama, Radin Romyullah didakwa memberi sokongan kepada Islamic State (IS) dengan cara berbai’ah kepada pemimpin kumpulan pengganas itu, Abu Bakar Al-Baghdadi.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan pemenjaraan seumur hidup atau tidak lebih 40 tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau di niat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dalam kawalannya cakera keras jenama “WD-My Passport Ultra” yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan IS dan perlakuan pengganas yang didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan pemenjaraan maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucutkan mana-mana bahan tersebut.

Kesemua kesalahan di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, Johor Bharu, Johor masing-masing pada penghujung tahun 2014 serta 17 Mei dan 19 Mei 2024.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Arief Firdaus Asyikin.

Hakim Muniandy kemudian menetapkan 15 November ini untuk pengurusan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI