fbpx

5 laluan di KL dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jalan Parlimen yang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat, hari ini.

PETALING JAYA – Beberapa laluan di ibu negara dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak awal malam tadi.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebook, setakat pukul 8.15 malam, sebanyak lima laluan dinaiki air.

Menurutnya, antara laluan yang terjejas ialah Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Gomba dan Jalan Pudu.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu.

Kata MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI