fbpx

329 orang Melaka mohon lesen B penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Firdaus pada Program Pelelongan Awam Kenderaan Lucut Hak 2024 di Melaka hari ini.

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka telah menerima sebanyak 329 permohonan bagi pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) sejak awal bulan lalu.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, daripada jumlah tersebut hanya lapan daripada 12 pemohon telah lulus dan memperoleh lesen kelas B pada pada 7 dan 14 Oktober lalu.

Menurutnya, permohonan masih dibuka kepada seluruh rakyat negeri ini jika memenuhi syarat yang ditetapkan seperti warganegara, memiliki lesen B1 atau B2 lebih tempoh 10 tahun, bebas dari senarai hitam JPJ dan Polis Diraja Malaysia serta sihat tubuh badan.

Beliau berkata, setakat ini hanya Institut Memandu (IM) iaitu MSDC di Melaka Tengah yang menerima sebanyak 329 permohonan manakala tujuh lagi IM masih belum menerima sebarang permohonan.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Firdaus berkata, pihaknya memperoleh sebanyak RM45,862.60 hasil lelongan kenderaan yang disita menerusi Program Pelelongan Awam Kenderaan Lucut Hak 2024 hari ini.

Katanya, lelongan itu yang diadakan di Dewan Tun Fatimah JPJ Bukit Katil membabitkan 18 motosikal, 10 kereta dan dua buah kontena.

Menurutnya, sebanyak 23 kenderaan yang dilelong itu boleh dilesekan manakala bakinya sebanyak tujuh kenderaan lain tidak boleh dilesenkan (scrap). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI