fbpx

1.4 juta belia sertai tentera Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail askar-askar Korea Utara menjalani latihan menembak. - AFP

PYONGYANG – Kira-kira 1.4 juta golongan muda termasuk pelajar dan pegawai liga belia kembali atau menyertai pasukan tentera Korea Utara, lapor saluran berita Channel News Asia (CNA) hari ini.

Ia yang memetik laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) menyatakan bahawa golongan muda berazam untuk berjuang dalam perang bagi memusnahkan musuh dengan menggunakan senjata revolusi.

Dakwaan penyertaan lebih satu juta golongan muda menyertai Tentera Rakyat Korea dalam minggu ini itu didedahkan ketika ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.

Tahun lalu, media Korea Utara membuat dakwaan serupa tentang rakyatnya yang dilaporkan secara sukarela menyertai tentera untuk menentang Amerika Syarikat (AS).

Kelmarin, Pyongyang meletupkan sebatang jalan raya dan landasan kereta api di sempadannya yang menuju ke Korea Selatan sehingga menyebabkan tentera Seoul terpaksa melepaskan tembakan amaran.

Pyongyang juga menuduh Seoul menghantar dron ke atas ibu negara Korea Utara itu.

Sebelum ini, kedua-dua negara telah bertelagah mengenai belon sampah yang dihantar Pyongyang ke Korea Selatan sejak Mei lalu. 

Pyongyang berkata, penghantaran itu dibuat sebagai tindak balas terhadap belon yang dihantar oleh aktivis antirejim dari Korea Selatan.

“Jika perang meletus, ROK (Republik Korea Selatan) akan dihapuskan dari peta. Disebabkan ia mahukan peperangan, kami sanggup menghapuskan kewujudannya,” lapor KCNA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI