fbpx

K2

ZUS Coffee beri sumbangan buat Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Agung Mapim, Muhammad Faris Hussain (dua dari kiri) menerima dana sebanyak RM100,000 daripada Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian (tiga dari kanan) di Ibu Pejabat Mapim, Kajang baru-baru ini.

KONFLIK kemanusiaan yang masih lagi berterusan di Gaza menjadikan banyak pihak terus tampil untuk menyumbang dana bagi menyokong kelangsungan hidup penduduknya yang terkesan.

Bantuan kewangan daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk menyediakan bekalan ubat-ubatan, makanan dan bekalan air bersih kepada mangsa kekejaman rejim Zionis itu.

Dalam usaha berterusannya untuk memberi semula kepada masyarakat, jenama kopi terkenal Malaysia, ZUS Coffee dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM100,000 yang didermakan kepada Tabung Gaza bagi membantu penduduk di rantau Asia Barat itu.

ZUS Coffee merupakan jenama kopi dengan misi menyajikan kopi berkualiti tinggi kepada komuniti tempatan pada harga yang lebih berpatutan.

Jenama tersebut telah memanfaatkan teknologi menerusi ciri derma yang diperkenalkan dalam Aplikasi ZUS.

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian berkata, pihaknya komited untuk terus membantu mereka yang terkesan, sama ada di peringkat tempatan mahupun global.

“Kami berdiri bersama rakyat Gaza dan pengumpulan dana ini semua tidak mungkin tercapai tanpa semangat komuniti ZUS kami.

“Di ZUS Coffee, kami sentiasa berusaha untuk mencari cara inovatif untuk memberi semula kepada masyarakat.

“Teknologi kami membolehkan setiap pembelian menjadi sumbangan kepada pergerakan yang bermakna. Ini menunjukkan bagaimana tindakan mudah seperti membeli kopi boleh membawa perubahan sebenar.

“Menerusi kerjasama bersama Mapim, kami komited untuk memperluas usaha kami dan memberi impak yang lebih besar, membantu mereka yang memerlukan di peringkat tempatan dan global,” katanya.

ZUS Coffee memperkenalkan ciri derma di Aplikasi ZUS pada Ogos lalu sebagai sebahagian daripada Kempen 1,000,000 Penyokong dan Cawan Edisi Khas Gaza yang mana pelanggan boleh menderma melalui aplikasi itu bermula dari serendah RM1.

Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr. Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata, beliau berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan jenama tempatan seperti ZUS Coffee dalam komitmen berterusan terhadap tanggungjawab sosial.

“Melalui kerjasama ini, kami telah memperluaskan sokongan kritikal kepada komuniti yang memerlukan, daripada menyediakan bantuan penting di Gaza hingga memajukan inisiatif tempatan mereka.

“Bersama-samanya, kami mencipta impak positif yang berpanjangan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta dan mendorong perubahan bermakna.

“Usaha bersama kami membuktikan bagaimana perkongsian yang kukuh boleh mengubah kehidupan dan memupuk semangat pemberian,” katanya.

Mapim merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang komited kepada bantuan kemanusiaan, pemberdayaan komuniti, dan memperjuangkan keadilan global.

Dengan kerjasama yang dilakukan di seluruh dunia dan sokongan daripada sukarelawan yang berdedikasi, Mapim bertekad untuk mengubah kehidupan dan mempromosikan inisiatif kemanusiaan yang melampaui sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI