fbpx

[VIDEO] Teruja adab lelaki Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki yang berkaki ayam di ATM.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki Bangladesh berkaki ayam kerana kasutnya kotor ketika ingin mengeluarkan duit di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank meraih perhatian di media sosial.

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, lelaki itu kelihatan tidak memakai kasut ketikasedang mengeluarkan wang di sebuah mesin ATM.

Dia kemudian, menuju keluar dari bank tersebut setelah mengeluarkan duit dan memakai semula kedua kasut berupa but getah di luar premis berkenaan.

Pengguna media sosial membanjiri ruangan komen dengan memuji ‘adab’ lelaki terbabit yang sanggup berkaki ayam demi mengelakkan lantai premis tersebut menjadi kotor.

“Ini baru orang kaya yang sebenar, kaya dengan adab yang susah nak jumpa zaman sekarang. Sanggup tanggalkan kasut but, tak nak bagi lantai kotor. Hamba yang hebat,” puji lelaki yang memuat naik video tersebut.

“Terbaik abang ni. Macam ni patutnya, dia tak nak susahkan cleaner (tukang bersih) nanti,” komen Ruzaini Ayub.

“Mat Salleh cakap well raised by parents (dibesarkan dengan baik oleh ibu bapa),” ujar Firdaus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN