fbpx

[VIDEO] Air naik sampai dalam kelas, 21 pelajar Tabika diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video tular pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Klang panik apabila berlaku kejadian banjir, pagi tadi.

AMPANG – Hujan lebat sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan perumahan serta sekolah di Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada pukul 10.12 pagi tadi.

Katanya, sepasukan anggota dan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku banjir disebabkan limpahan air sungai yang berdekatan.

“Kejadian itu menyebabkan kawasan perumahan dan kira-kira 10 kenderaan terkandas dalam banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya turut menyelamatkan 21 pelajar tabika di Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Klang yang turut terjejas akibat banjir.

“Paras air dianggarkan ketika itu 0.3 meter dan tiada mangsa terlibat.

“Kesemua mangsa sudah diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI