fbpx

UNL: Jerman terus kebal tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWELING (tengah) muncul wira Jerman apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Belanda awal pagi tadi. - AFP

MUNICH – Pengendali Jerman, Julian Nagelsmann gembira dapat menyambut ‘ulang tahun’ dengan sempurna apabila membantu pasukan melakar kemenangan 1-0 ke atas Belanda dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Allianz Arena itu, skuad Die Mannschaft yang kini melebarkan rekod tanpa kalah kepada 13 perlawanan berturut-turut, mempamerkan prestasi ampuh untuk memastikan kemenangan dapat diraih hasil jaringan tunggal penyerang baharu, Jamie Leweling.

Menurut Nagelsmann, semua pemain memberikan yang terbaik di atas padang untuk memastikan kemenangan ke-10 dapat diraih dalam 17 perlawanan antarabangsa sejak membimbing skuad kebangsaan pada aksi pertama 14 Oktober tahun lalu.

“Saya sangat gembira kami dapat meraih kemenangan pada perlawanan kali ini dan tidak keterlaluan untuk saya katakan pada separuh masa pertama, inilah aksi terbaik pasukan sepanjang tahun.

“Secara jujur, semua pemain sudah berikan yang terbaik meskipun tanpa kelibat tonggak utama. Cita-cita pasukan adalah jelas, mereka mahu melangkah jauh dalam kejohanan ini dan kemenangan ini sebagai bukti mereka serius,” katanya.

Sementara itu, kapten Jerman, Joshua Kimmich percaya pasukan sudah melupakan sepenuhnya beberapa siri kekecewaan apabila tersingkir awal pada kejohanan besar sebelum ini seperti Piala Dunia 2018 dan Piala Dunia 2022.

“Saya rasa mentaliti pasukan Jerman dibawah kendalian Nagelsmann sudah berubah. Semua pemain mahu bersaing secara sihat dan berikan yang terbaik di atas padang dalam usaha membantu pasukan melakar kemenangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI