fbpx

UM dinaiki air, pengawal keselamatan saran guna laluan alternatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelajar serta kakitangan kampus Universiti Malaya (UM) dinasihatkan menggunakan laluan alternatif selain jalan masuk pagar Kuala Lumpur ekoran berlakunya banjir kilat.

Menerusi video tular yang dimuat naik di aplikasi X, seorang pegawal keselamatan memaklumkan ketinggian air di kawasan tersebut berbahaya untuk dilalui mana-mana kenderaan.

“Kepada semua warga kampus pelajar dan kakitangan, jangan masuk ikut pagar Kuala Lumpur ke dalam UM di sebalah Masjid Ar Rahman kerana sekarang air banjir berada di paras agak tinggi.

“Air banjir juga turut melimpah di hadapan fakulti undang-undang dan di jambatan lingkungan budi,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dianggarkan 13 kawasan serta jalan raya di ibu negara ditenggelami air susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan kira-kira 13 kawasan terjejas dengan kejadian itu.

Antara kawasan dilanda banjir kilat ialah Jalan Pudu, Salak Selatan, Jalan Kuching, Jalan Pantai Baru, Jalan Genting Klang dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Turut berlaku kejadian sama di Jalan Gombak, Jalan Damansara, Jalan Manjalara, Jalan Maharajalela, Jalan Wangsamaju dan Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI