fbpx

Tidak perlu haramkan semua acara dengan Bloomberg – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau masih mempunyai hubungan dengan Bloomberg kerana menghormati prinsip kebebasan media.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walapun tohmahan dilakukan media antarabangsa itu terhadap dirinya, namun beliau perlu menghormati prinsip berkenaan.

“Soal mengapa saya terus ada hubungan dengan Bloomberg adalah ia satu media antarbangsa terkenal, malah apabila kerajaan Qatar adakan program beberapa bulan lalu, saya hadir sebagai penguncap utama dalam persidangan yang dianjurkan oleh Bloomberg.

“Jadi kita bezakan kerana kita menghormati prinsip media bebas. Kalau ada fitnah kita saman atau polis ambil tindakan khusus tentang itu, tetapi bukan bermakna kita harus membatalkan atau mengharamkan semua acara dengan Bloomberg,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung tindakan tegas dan cepat kerajaan untuk mendakwa Bloomberg yang turut berpangkalan di negara ini kerana membuat tohmahan terhadap Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau bersetuju bahawa siasatan terhadap kes tersebut perlu telus dan dihebahkan kepada kepada orang ramai supaya rakyat mengetahui tindakan yang diambil.

Menurutnya, beliau percaya Polis Diraa Malaysia (PDRM) harus membuat kenyataan yang tegas berhubung kes tersebut dan menjelaskan kepada umum apa yang berlaku terhadap siasatan.

“Kita serah kepada PDRM, oleh kerana isu ini dibangkitkan saya percaya PDRM harus buat kenyataan yang tegas menjelaskan apa yang berlaku pada siasatan. Siasatan itu juga memanggil wakil Bloomberg. Apa berlaku selepas itu saya belum dimaklumkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI