fbpx

Tentera pengaman kekal di selatan Lebanon – PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan UNIFIL meronda di Marjayoun, selatan Lebanon pada 12 Oktober lalu. - AFP

BEIRUT – Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan kekal di semua kedudukan di Lebanon walaupun Israel menggesa mereka berpindah di tengah-tengah pertempuran yang semakin sengit antara tentera Rejim Zionis dan Hezbollah.

Ketuanya, Jean-Pierre Lacroix mengesahkan perkara itu semalam meskipun lima anggota pengaman PBB mengalami kecederaan dalam serangan minggu lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam sekali lagi menggesa Pasukan Interim PBB di Lebanon (UNIFIL) di selatan negara itu untuk berpindah dari kawasan tertentu yang dekat dengan sempadan.

“Keputusan dibuat bahawa UNIFIL pada masa ini akan kekal di semua kedudukannya walaupun tentera Israel mengarahkan untuk mengosongkan kedudukan sekitar Garisan Biru.

“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini masih kekal,” kata Lacroix  sambil menambah, rancangan itu telah disahkan awal semalam oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Lima anggota pengaman cedera dalam beberapa siri insiden minggu lalu, dengan yang terbaharu menyaksikan pasukan PBB menuduh tentera Israel menceroboh kawasannya dan memasuki salah satu kedudukan mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI