fbpx

Tak ada lagi pemain KDA FC datang jumpa saya – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menerusi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberi jaminan untuk membantu krisis yang dihadapi pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terutama berkaitan tunggakan gaji pemain.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Presiden KFA itu berkata, pihaknya juga bersedia untuk bertemu dengan pemain pasukan berkenaan bagi mendengar permasalahan mereka secara berdepan.

“Tak ada lagi pemain datang jumpa saya, dok cakap kot media saja. Saya simpati dengan pasukan itu (KDA FC), minta mereka hubungi KFA nanti kita bawa dalam KFA untuk bincang apa yang boleh kita tengok.

“Kerajaan negeri salur kat KFA, KFA tolonglah. Kita nak berhubung secara terus dengan swasta (KDA FC) tak bolehlah. Apa-apa yang boleh kita tolong kita tolong. Minta depa hubungi dengan KFA,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Penyerahan Sumbangan Tabung Usahawan Wanita Sejahteran Negeri Kedah 2024 di kediaman rasminya, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa KFA tidak pernah lepas tangan dalam membantu pasukan tersebut walaupun ia di bawah pengurusan pihak swasta ketika ini.

“Kita pun ada komitmen lama, tanggung masa kita KFA dulu, KFA sekarang ini bukan kerajaan negeri.

“Bola kena ikut melalui KFA. KFA masih menanggung bayaran ansuran yang kita buat ikut jadual termasuk hutang lama-lama dengan badan berkanun, kita masih bayar, untuk pelesenan bagi 2024, KFA ada tolong,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI