fbpx

Shah Rukh Khan masih 10 lelaki terkacak dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

MASA bagai terhenti buat Shah Rukh Khan (SRK) apabila tampak sentiasa muda selain tetap kacak walaupun sudah mencecah usia 58 tahun.

Tidak hairan, bintang filem Pathaan itu menjadi kegilaan peminat yang mengaguminya sejak era Kuch Kuch Hota Hai.

Bahkan, pendapat ramai disokong pakar bedah plastik terkenal, Dr Julian De Silva yang meletakkan SRK sebagai antara 10 individu terkacak di dunia.

Senarai yang dipilih menerusi kajian secara saintifik itu dibuat berdasarkan simetri bentuk wajah seseorang, selain beberapa kriteria lain.
SRK yang berada di tempat ke-10 adalah satu-satunya artis dari India manakala Idris Elba di tempat kesembilan, disusuli Charles Melton, Nicolas Hoult, George Clooney dan Jack Lowden.

Bintang Batman, Robert Pattinson di posisi keempat, Paul Mescal di tempat ketiga, Lucien Laviscount merupakan naib juara dan paling kacak di dunia ialah calon terkini James Bond iaitu Aaron Taylor-Johnson.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI