fbpx

Segerakan projek tebatan banjir – Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-SULTAN ABDULLAH berkenan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Seri Semantan di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah projek tebatan banjir di Pahang perlu disegerakan sebagai usaha mengatasi banjir yang berlaku saban tahun di negeri ini.

Seri Paduka berkata, tebatan banjir yang yang telah dirancang di beberapa daerah di negeri ini jangan hanya menjadi retorik dan dipolitikkan menyebabkan projek tidak menjadi kenyataan dan gagal disiapkan mengikut jadual.

Titah baginda, projek jangka panjang khususnya di Sungai Semantan Temerloh, Bentong, Lipis dan Kuantan untuk kepentingan rakyat perlu diutamakan dan disegerakan demi kepentingan rakyat.

“Saya juga berharap pihak berkenaan segera mendalamkan Sungai Semantan yang semakin cetek sebagai langkah menangani banjir di beberapa kampung sekitar seperti Batu Kapor, Sungai Buloh dan Kampung Gajah Mati”titah baginda selepas menganugerahkan sumbangan kepada 195 ketua isi rumah mangsa-mangsa banjir di Pusat Penempatan Banjir (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, sebanyak lapan projek tebatan banjir akan dilaksanakan di beberapa lokasi di Pahang bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku saban tahun.

Beliau berkata inisiatif itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM212.31 juta bagi rancangan tebatan banjir di Sungai Bentong di Jerantut, Sungai Temai dan Sungai Ketapang (Pekan) serta Sungai Kenau di Sungai Lembing (Kuantan) yang dijadualkan bermula akhir tahun ini.

Menurutnya lima lagi projek melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri berjumlah RM4.3 juta iaitu rancangan tebatan banjir Sungai Ikan di Cameron Highlands, Sungai Gemeti (Bentong), Sungai Damak (Jerantut), Sungai Telang (Lipis) dan Sungai Chengal (Temerloh).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI