fbpx

PKNS sumbang dana, perabot kepada Madrasatul Quran Wasunnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir (duduk, empat dari kiri) bersama sukarelawan PKNS dan warga Madrasatul Quran Wasunnah di Batang Kali baru-baru ini.

BATANG KALI – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya dengan memberi sumbangan berupa wang tunai dan perabot bernilai RM20,000 kepada Madrasatul Quran Wasunnah di sini.

Madrasatul Quran Wasunnah yang beroperasi sejak tahun 2011 di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dipilih sebagai penerima sumbangan PKNS tersebut disebabkan keadaannya yang serba kekurangan.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat PKNS, Mohd. Wazir Abdul Gani berkata, ­madrasah itu juga dipilih kerana loka­sinya berdekatan dengan perbandaran Antara Gapi yang menjadi antara kawasan pembangunan PKNS.

“Menerusi sumbangan ini PKNS berharap ia dapat meningkatkan kemudahan fasiliti di madrasah ini demi memberi keselesaan kepada anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan di madrasah berkenaan baru-baru
ini.

Mohd. Wazir (tengah) diiringi Mohd Nazree (kiri) menyerahkan cek sumbangan kepada wakil Madrasatul Quran Wasunnah.

Turut hadir pada majlis pen­yerahan sumbangan baru-baru ini ialah Timbalan Presiden Badan Islam PKNS, Mohd. Nazree Ahmad Latifi dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat, Sairana Mohd. Saad.

Terdahulu, Mohd. Wazir berkata, PKNS sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat bagi mengurangkan beban golongan yang memerlukan.

“Ini adalah antara komitmen dan inisiatif perbadanan bagi ke­sejahteraan rakyat khususnya di ne­geri Selangor selain meningkatkan imej organisasi, yang mana secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan produk mahupun jenama PKNS sendiri,” katanya.

Sementara itu, PKNS dalam satu kenyataan media menjelaskan, sumbangan perabot kepada Madrasatul Quran Wasunnah me­rangkumi kerusi, meja, almari, ki­pas, pendingin hawa dan tilam yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Menurutnya, sumbangan wang tunai RM10,000 pula menggunakan wakalah agihan wang zakat PKNS di bawah kategori Asnaf Fisabilillah untuk membantu pembiayaan operasi madrasah ber­kenaan.

Seramai 15 sukarelawan daripada Persatuan Badan Islam PKNS hadir membantu menguruskan penyerahan sumbangan berkenaan.

“Sumbangan berkenaan adalah untuk menyokong kemudahan kelas dan asrama Madrasatul Quran Wasunnah,” jelas PKNS

PKNS berkata, madrasah itu menjalankan perniagaan sewaan kuda dan menjual kambing serta lembu bagi membiayai kos operasi bulanan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI