fbpx

Persidangan Menteri Asia Pasifik perkukuh komitmen Malaysia tangani risiko bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (empat dari kanan) ketika menghadiri persidangan APMCDRR di Manila, Filipina, hari ini.

PETALING JAYA – Persidangan Menteri-menteri Asia Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR) yang berlangsung di Manila, Filipina hari ini mengukuhkan lagi komitmen Malaysia untuk menangani peningkatan kekerapan dan situasi bencana alam.

Mewakili delegasi Malaysia dalam persidangan tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam persidangan itu, Ahmad Zahid berkongsi kemajuan Malaysia terutamanya dengan penekanan terhadap Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030.

Ujar beliau, dasar ini menandakan perubahan penting dalam pendekatan Malaysia terhadap pengurusan risiko bencana, dengan penekanan kuat terhadap mitigasi risiko.

“Dasar ini bersifat holistik dan memberikan mandat yang jelas untuk mengintegrasikan DRR ke dalam perancangan pembangunan dan mengamalkan pendekatan dari bawah ke atas.

“APMCDRR membuka peluang bernilai bagi Malaysia melaksanakan amalan terbaik global, mengguna pakai strategi berkesan dari seluruh rantau Asia Pasifik ke arah memperkukuh kerangka pengurusan bencana sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Disamping itu, Ahmad Zahid turut memberi penekanan tentang komitmen Malaysia dalam memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini bagi persediaan menghadapi bencana.

Beliau berkata, menerusi Sistem Ramalan Cuaca Berangka (NWP), amaran boleh dikeluarkan sehingga tujuh hari lebih awal, bagi membolehkan persediaan lebih tersusun di bandar-bandar besar.

Ujarnya, ini melengkapi Program Ramalan dan Amaran Banjir Kebangsaan yang
menyediakan ramalan tepat bagi kemungkinan banjir melanda, merentasi 89 lembangan sungai utama.

“Strategi menyeluruh ini memberi impak yang ketara, mengurangkan kerugian kewangan akibat Monsun Timur Laut daripada dolar Amerika Syarikat (AS$) 220 juta pada tahun 2022 kepada AS$ 60 juta pada tahun 2023.

“Ini menunjukkan keberkesanan inisiatif DRR kami dalam melindungi nyawa dan sumber. Usaha Malaysia dalam pengurusan risiko bencana kekal teguh,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada Naib Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Sara Duterte.

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Zahid berbincang mengenai pelbagai peluang kerjasama antara kedua-dua negara, termasuklah menembusi potensi industri halal, memperkukuhkan kerjasama TVET, dan meneroka peluang perdagangan baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI