fbpx

Pengurus syarikat rugi RM2.6 juta terperdaya AP durian musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus syarikat luar mengalami kerugian RM2.6 juta selepas terperdaya dalam urus niaga melibatkan import eksport durian musang king.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga China memaklumkan suspek yang menipunya adalah warganegara sama.

Menurut beliau, akaun bank yang digunakan bagi tujuan pembayaran itu didaftarkan di Malaysia.

“Pengadu (mangsa) memberitahu suspek meyakinkan bahawa dia boleh mendapatkan permit import (AP) syarikat buah-buahan di Malaysia untuk mengeksport musang king ke Malaysia.

“Selepas pengadu bertemu suspek di China, mereka bersetuju membeli sebanyak 3,840 karton musang king sejuk beku bernilai RM2.6 juta dengan transaksi dibuat pada 5 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kumar memberitahu, mangsa berasa ditipu apabila barangan yang dijanjikan dalam tempoh sebulan masih tidak tiba sehingga kini, manakala suspek pula gagal dihubungi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI