fbpx

Pendaki wanita maut dihempap pokok ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JERANTUT – Kegembiraan 10 pendaki melakukan aktiviti pendakian Gunung Tahan berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas dihempap pokok di Kem Seputih berdekatan Gunung Rajah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, mangsa, Wan Nurulhuda Mior Abdullah,49, mengalami kecederaan di bahagian pinggul dan tidak sedarkan diri selepas dihempap pokok ketika sedang tidur.

Katanya, berdasarkan maklumat, kumpulan pendaki seramai 10 orang dengan seorang malim gunung itu memulakan pendakian pada 7 Oktober lalu dan dijangka turun kelmarin.

“Bagaimanapun pada pukul 12 tengah hari semalam polis menerima makluman daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Tahan mengenai seorang pendaki dihempap pokok.

“Susulan itu bantuan helikopter untuk bantuan menyelamat dipohon dan pasukan penyelamat juga mewujudkan jalan darat yang mengambil masa perjalanan dua hari jika bantuan unit udara tidak dapat diberikan,”katanya di sini hari ini.

Katanya, kira-kira pukul 8.30 malam semalam helikopter telah sampai ke Kuala Tahan untuk membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan mangsa disahkan meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI