fbpx

Pencuci kereta didenda RM40,000 miliki diesel tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nandekumar didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini kerana memiliki diesel tanpa lesen.

ALOR SETAR – Seorang pencuci kereta didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memiliki 3,844 liter diesel tanpa lesen bernilai RM8,264, tahun lalu.

Orang kena saman (OKS), J. Nandekumar, 26, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara selama 16 bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan. Dia menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 10, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Changlun, dekat sini kira-kira pukul 1.30 pagi, 19 Mei 2023.

Kesemua diesel tersebut ditemukan di dalam tangki fiber yang telah diubah suai di belakang lori rigid model Dyna Hiace dipandunya.

Perbuatan itu menimbulkan syak munasabah satu kesalahan akan dilakukan, iaitu berurusan secara runcit atau borong barang kawalan tanpa lesen,- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI