fbpx

Pelabur gembira tiada lagi amalan komisen 20 peratus – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Dasar tatakelola dan gerakan menentang rasuah oleh kerajaan menjadi salah satu faktor syarikat luar negara memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan kerana tidak lagi perlu membayar komisen 20 peratus kepada kroni tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada mana-mana pihak boleh menafikan amalan komisen 20 peratus itu pernah berlaku di Malaysia dan rata-rata pelabur berasa gembira kerana kini ia tiada lagi di negara ini.

“Soal tatakelola dan gerakan menentang rasuah tentunya menjadi salah satu faktor syarikat melabur sebab yakin tidak perlu ada komisen apabila datang melabur, tidak perlu ada 20 peratus untuk syarikat-syarikat kroni

“Kebanyakan syarikat yang baru melabur dan pernah melabur sebelum ini menyatakan mereka bangga tidak ada lagi syarat tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) apakah kesan positif kejayaan Malaysia bertegas dengan isu tatakelola dan rasuah terhadap pelaburan ke Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kejayaan membendung amalan membayar komisen 20 peratus kepada kroni mempercepatkan proses pelaburan di Malaysia.

Menurut beliau, kejayaan itu malah menyaksikan penjimatan dana dalam jumlah yang besar yang akan diperlihatkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat ini.

“Dalam ketegasan kita terhadap rundingan terus dan tender yang lebih telus menyebabkan kos dapat dikurangkan. Sebab itu kita harus tegas dan teruskan.

“Adakah ia mudah? Tidak. Memang dihargai rakan-rakan kita di Pakistan dan Bangladesh, tetapi saya terima kenyataan ia tidak mudah kerana apa juga tindakan terhadap `jerung-jerung’ ini mesti akan menimbulkan reaksi,” katanya.

Jelas beliau, reaksi negatif itu berlaku disebabkan kekuatan dan jaringan oleh pihak terlibat memperalatkan kekuatan dana dan jaringan media, sistem politik serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyerang tindakan kerajaan.

“Jadi setiap kali ambil tindakan semuanya dikatakan tindakan politik termasuk yang ada RM200 juta atau RM5 juta dirumah semua dikatakan tindakan politik.

“Apakah tindakan kita menentang rasuah ini memadamkan semua yang simpan RM5 atau RM6 juga di rumah tanpa alasan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI