fbpx

Pelabuhan Klang banjir besar, air pasang ekstrem Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga lokasi utama di Pelabuhan Klang berisiko banjir akibat fenomena air pasang ekstrem yang dijangka berlaku antara 18 hingga 20 Oktober ini.

Pengarah ukur Seksyen Bhagian Ukur Geodetik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Muhammad Kenidi Awang Aziz berkata, lokasi yang dikenal pasti melibatkan Jeti Pulau Ketam, Jeti Skymirror, dan Kampung Bagan Pasir.

“Menurut cerapan yang dikumpul sejak September lalu, limpahan air akan mula berlaku pada 17 Oktober ini, namun keadaan dijangka mencapai tahap paling ekstrem pada 18 Oktober.

“Pada September, bacaan paras air pasang hanya menunjukkan kenaikan 3 sentimeter. Namun, pada Oktober, bacaan air meningkat dengan ketara hingga 0.5 meter, bersamaan dengan paras separuh tayar kenderaan,” katanya.

Muhammad Kenidi berkata, data cerapan hari ini menunjukkan kemungkinan kenaikan paras air sehingga 0.7 meter dalam beberapa hari akan datang.

Sementara itu, orang ramai dinasihati untuk melakukan persediaan awal dan sentiasa memantau perkembangan terkini melalui platform rasmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI