fbpx

NASA cari ‘makhluk asing’ di bulan Musytari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET SpaceX Falcon yang membawa kapal angkasa Europa Clipper berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida semalam. - Foto AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya melancarkan misi mencari ‘makhluk asing’ di bulan keempat terbesar planet Musytari, lapor portal berita MailOnline.

Misi itu dilancarkan menggunakan kapal angkasa Europa Clipper. Ia berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada pukul 12.08 tengah hari (waktu tempatan) yang dihantar oleh roket SpaceX, Falcon.

Projek bernilai AS$5.2 bilion (RM22.4 bilion) itu akan menempuh perjalanan sejauh 2.89 bilion kilometer dari Bumi ke bulan Europa.

Europa telah lama menjadi calon utama bagi misi mencari ‘keadaan yang sesuai untuk kehidupan’ kerana ia mempunyai lautan air cecair di bawah permukaan beraisnya.

“Europa adalah salah satu tempat yang paling sesuai untuk mencari kehidupan di luar Bumi,” kata seorang pegawai NASA, Gina DiBraccio.

Kapal angkasa Clipper direka untuk membantu NASA mengetahui sama ada Europa mempunyai ramuan yang diperlukan untuk membolehkan hidupan wujud di bulan tersebut.

Para saintis sebelum ini telah menentukan bahawa untuk sebuah planet mempunyai kehidupan, ia perlu mempunyai tiga bahan utama.

Ia adalah suhu yang membolehkan air cecair wujud, kehadiran molekul berasaskan karbon dan input tenaga seperti cahaya matahari. 

NASA percaya bahawa Europa mempunyai semua ‘ramuan’ itu yang memungkinakan kehidupan wujud di bulan planet Musytari.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI