fbpx

Melaka mula banjir, murid dibenar pakai baju biasa ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH keluarga di Kampung Paya Redan dibawa ke PPS selepas kediaman mereka ditenggelami banjir, semalam.

MELAKA – Sebanyak 13 kawasan di dua daerah negeri ini mula dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, sehingga pukul 8 pagi tadi seramai 212 mangsa daripada 70 buah keluarga telah dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di empat bangunan sekolah di Jasin.

Empat PPS tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat, SK Tedong dan SMK Dato Abdul Rahman Ya’kob.

Katanya, kesemua mangsa merupakan penduduk dari dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di Kampung Kilang Berapi dan Lubok Buaya di Jasin.

Antara kawasan lain terjejas adalah Paya Redan, Bukit Nibong, Paya Dalam, Bukit Durian, Bukit Duyong, Jambatan Duyong, Duyong Tengah, Kampung Pantai Kundor, Gedong Lalang, Pernu, Bukit Meta dan Padang Temu di daerah Melaka Tengah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi pemberita memberitahu, penempatan mangsa banjir di empat bangunan sekolah itu bagaimanapun tidak menjejaskan proses pembelajaran harian pelajar.

Ujarnya, bagi memastikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berjalan lancar, murid-murid yang terjejas dalam bencana banjir juga dibenarkan memakai pakaian biasa yang sesuai ke sekolah.

“PdPc tidak terganggu kerana setakat ini semua mangsa ditempatkan di dewan sekolah.

“Murid boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa. Mereka yang terjejas dalam banjir boleh menumpang di sekolah PPS mengikut darjah atau tingkatan yang sama,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI