fbpx

[VIDEO] Kenangan banjir besar 2021, jangan berlaku lagi di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paras air Sungai Damansara naik susulan hujan lebat hari ini.

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan kebelakangan ini menyebabkan penduduk Shah Alam bimbang sekiranya kejadian banjir teruk tahun 2021 berulang lagi.

Melalui satu rakaman yang tular di TikTok hari ini, orang ramai melahirkan rasa bimbang apabila melihat paras Sungai Damansara di Batu 3, Shah Alam naik mendadak berikutan hujan lebat.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing semasa Shah Alam berdepan banjir besar tiga tahun lalu.

“Kenangan sangkut banjir besar, berdua dengan anak 2 tahun bermalam dalam kereta dekat Jalan Haji Abd Manan, Meru, Klang. Suami pula ‘out station’, tidur atas jambatan, bawah air parit dah mula tinggi, syukur Alhamdulillah Allah lindungi kami,” kata Nurul Suhaila.

“Banjir 2021, mimpi ngeri buat kami sekeluarga. Rumah banjir paras paha, tapi seronok duduk dekat PPS (Pusat Perlindungan Sementara), makanan meriah. Air dah surut balik rumah terus termenung dan menangis tak tahu nak buat apa dulu,” kongsi Veealias.

“Dah merasa duduk dalam kereta berjam-jam dari hari Sabtu sampai Ahad dekat bulatan Shah Alam, Disember 2021. Sehelai sepinggang,” kata Zizie.

“Kenangan tidur di bulatan Shah Alam, tersadai malam tu. Ada insan ini sanggup bagi pinjam motor untuk beli air tapi waktu tu kedai semua tutup. Ada insan yang baik hati bagi sebotol air besar dan makanan. Sampai hari ini saya ingat jasa baik awak,” kata Girinshi.

Terdahulu, pada 18 Disember 2021, Shah Alam boleh dikatakan lumpuh ekoran banjir yang melanda sekitar ibu negeri Selangor dengan majoriti kawasan dinaiki air selain jalan-jalan utama yang menghubungkan bandar raya itu terputus.

Kejadian banjir yang turut melibatkan beberapa negeri lain iaitu, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Sabah itu turut mencatatkan jumlah kematian paling tinggi dalam sejarah bencana banjir di Malaysia iaitu seramai 54 mangsa terkorban. – KOSMO! ONLINE

@tokmatheadlampcoatinghq Air sungai shah alam paras bahaya pagi ni… #banjir #shahalam #batu3 ♬ suara asli – octapiut

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI