fbpx

Ikan patin di Shah Alam sah spesies asing – DOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan pelepasan ikan patin siam boleh mengancam keseimbangan ekosistem perairan tempatan. - Foto hiasan ihsan media sosial.

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengesahkan bahawa patin siam yang dilepas di Shah Alam, Selangor baru-baru ini merupakan sejenis spesies asing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain berkata, ikan tersebut dengan nama saintifik Pangasianodon Hypophthalmus malah boleh mengancam ekosistem biodiversiti tempatan.

“Spesies ini juga sebenarnya bersifat invasif mampu menjejaskan alam sekitar bahkan langsung tidak boleh dibuat aktiviti pelepasan perairan umum,” katanya ketika dihubungi.

Beliau merujuk penafian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam enggan mengaku melepaskan spesies ikan yang dilarang dilepaskan ke perairan umum atau ikan ‘alien’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI