fbpx

‘Perceraian tidak bermakna anak-anak perlu menderita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazley masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri walaupun kini sudah bercerai.

PETALING JAYA – Pelakon dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob bersyukur hubungannya dengan bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz masih kekal baik walaupun sudah bercerai beberapa bulan lalu.

Fazley, 46, berkata, rutin kehidupan hariannya dengan anak-anak dan Azrene masih berjalan seperti biasa termasuk keluar makan bersama.

“Saya, Azren dan anak-anak semuanya okey. Kehidupan kami berjalan seperti sebelum ini, keluar makan dan tengok wayang.

“Walaupun kami berpisah dalam akad dan tiada lagi perkataan yang melambangkan kami suami isteri, namun hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti mana 18 tahun kami sudah bersama.

“Anak-anak juga tidak mempunyai sebarang kekangan, WhatsApp group kami kekal ada, pergi makan pun masih bersama,” katanya kepada kepada media hari ini.

Dalam masa sama, bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia itu berkata, perceraian yang berlaku tidak seharusnya memberi impak negatif terhadap individu sekeliling khususnya anak-anak.

Dia juga menegaskan perpisahan yang berlaku tidak akan sesekali memutuskan hubungan kasih sayang dalam sebuah institusi keluarga.

“Yang membezakan kehidupan sekarang ialah perhubungan yang tidak berlandaskan hubungan suami isteri.

“Saya pecaya perceraian tidak bermakna berakhir sebuah kasih sayang, hubungan kekeluargaan dan anak-anak tidak perlu menderita disebabkan perpisahan.

“Pegangan saya ketika ini ialah tidak semua yang pahit itu racun dan tak semua yang manis itu madu. Kehidupan perlu diteruskan, anak-anak pun memahami an menghormati,” katanya lagi.

Hari ini, Fazley mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah berpisah dengan Azrene beberapa bulan lalu dan tempoh idah mereka juga sudah selesai.

Katanya, perceraian tersebut berlaku tas persetujuan bersama selepas 18 tahun berkahwin.

Hasil daripada perkahwinan selama lapan belas tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 7 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI