fbpx

Guardiola tepis spekulasi latih England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA (kanan) mendakwa beliau tidak berminat mengendalikan England kerana fokus hanya kepada City. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menafikan spekulasi yang ketika ini hangat mengaitkan dirinya dengan jawatan bersama skuad antarabangsa England pada tahun depan.

Masa depan Guardiola bersama City masih menjadi tanda tanya memandangkan kontraknya bersama juara lima kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan berakhir hujung musim ini.

Difahamkan, The Citizens berharap bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu melanjutkan kontraknya untuk terus kekal berada di Stadium Etihad.

Disebabkan itu, ramai pemerhati bola sepak termasuk legenda Manchester United, Roy Keane berpendapat Guardiola, 53, adalah individu tepat untuk menghadiahkan trofi buat England yang kali terakhir menjuarainya pada Piala Dunia 1966.

Bagaimanapun, Guardiola dalam satu rancangan dengan televisyen Itali, Che Tempo Che Fa, mendakwa beliau tidak mempertimbangkan mana-mana tawaran buat masa ini kerana fokusnya hanya buat City.

“Tidak, segala khabar angin itu tidak benar. Saya masih lagi pengurus Manchester City.

“Saya akan beritahu kepada semua jika saya memutuskan sesuatu. Saya boleh lakukan apa sahaja tetapi saya masih perlu merenung dan menentukan apa yang mahu dilakukan nanti,” kata Guardiola.

Pengurus sementara England, Lee Carsley seakan tidak berminat untuk menerima tugas itu secara tetap bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Gareth Southgate selepas berakhirnya Kejohanan Euro 2024.

Selain Guardiola, beberapa nama turut dikaitkan dengan kerusi panas The Three Lions itu seperti pengurus Newcastle United, Eddie Howe dan bekas pengendali Chelsea, Thomas Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI