fbpx

EPL: Fernandes hampir tinggalkan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES mendedahkan bahawa dia menerima tawaran yang kukuh musim panas lalu dan hampir meninggalkan United. - AFP

MANCHESTER – Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes mendedahkan bahawa dia mendapat tawaran yang kukuh untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas lalu dan perpindahan tersebut hampir berlaku.

Pemain antarabangsa Portugal itu menjadi tonggak penting United sejak beliau tiba pada tahun 2020 selepas melengkapkan perpindahan dari Sporting Lisbon dan tawaran tersebut hampir menamatkan karier selama tiga setengah tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

“Saya didekati oleh beberapa kelab. Mereka yakin bahawa mereka ada peluang untuk mendapatkan khidmat saya dan saya menerima tawaran yang cukup tulen.

“Mereka percaya bahawa mereka memerlukan saya, mereka cuba melakukan perkara yang berbeza dan meletakkan saya dalam projek mereka itu,” katanya.

United ketika ini berdepan krisis prestasi yang agak rumit apabila menghuni tangga ke-14 liga, malah hanya berjaya meraih lapan mata dalam tujuh perlawanan sekali gus meletakkan mereka dalam tekanan yang tinggi.

Sepanjang karier bersama United, Fernandes belum berjaya membantu kelab itu meraih gelaran EPL, namun sudah memiliki koleksi dua kejuaraan iaitu Piala Liga Inggeris dan Piala FA sepanjang di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Bagaimanapun, Fernandes mengakui bahawa dia lebih menikmati tempoh bersama pasukan kebangsaan berbanding di United apabila The Red Devils terus gagal mendapatkan rentak konsisten pada setiap musim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI