fbpx

England perlu jurulatih berkelas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD menjaringkan gol menarik daripada sepakan percuma ketika menewaskan Finland awal pagi semalam. - AFP

HELSINKI – Pengurus sementara England, Lee Carsley memberi bayangan dirinya belum bersedia untuk dilantik secara tetap dan menganggap masih ramai jurulatih berkaliber yang boleh dipilih oleh Persatuan Bola Sepak England.

Walaupun kemenangan 3-1 ke atas Finland di Stadium Olimpik Helsinki awal pagi semalam memberi harapan buatnya untuk mengesahkan jawatan, namun Carsley menganggap The Three Lions lebih berhak dilatih oleh jurulatih berkelas dunia.

“Setiap orang akan berpihak kepada pihak tertentu dan saya akan kekal berada di tengah. Majikan saya sudah ada perkara yang cukup jelas apa yang mereka mahukan daripada saya.

“Jawatan ini lebih berhak kepada jurulatih berkelas dunia yang pernah memenangi piala dan saya masih lagi berada di landasan untuk ke arah itu. Saya tidak memikirkan tentang perkara itu (jawatan tetap) dan saya akan terus bercakap tentang perkara sama.

“Tugasan saya adalah untuk enam perlawanan dan saya begitu menghargai peluang ini. Saya tidak begitu gembira dalam dua perlawanan ini dan saya tidak terbiasa dengan kekalahan (kepada Greece minggu lalu),” katanya.

England meraih tiga gol menerusi Jack grealish, Trent Alexander-Arnold dan Declan Rice, manakala jaringan tunggal Finland dihasilkan oleh Arttu Hoskonen.

“Apa pun yang berlaku kepada pengurus England, saya fikir akan ada orang yang bercakap tentang perkara negatif. Jujurnya saya gembira untuk bermain dibawah kendalian Carsley dalam saingan bola sepak antarabangsa,” kata Grealish. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI