fbpx

Dua lagi suspek diburu kes culik budak 12 tahun di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein.

SHAH ALAM – Polis memburu dua lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes culik kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini pada 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati mereka berdua mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap sebelum ini.

Katanya, setakat ini seramai enam suspek berusia 13 hingga 23 tahun ditangkap di Shah Alam, Klang dan Segambut, Kuala Lumpur berhubung kejadian sama.

“Dua individu itu dipercayai mempunyai kaitan dengan enam suspek yang ditahan sebelum ini. Siasatan secara menyeluruh masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan terpaksa melalui detik hitam apabila dia bukan sahaja diculik dan dikurung, malah turut ditampar oleh suspek yang melarikannya dari kawasan rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI