fbpx

‘DinFei’ untung besar, kaut RM1.04 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI dan Izzuddin memberikan tentangan hebat sebelum bergelar juara Terbuka Arctic di Finland lewat malam kelmarin. - AFP

KEMENANGAN beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic tidak datang bergolek, sebaliknya gandingan negara itu mempersiapkan diri dengan cukup baik sebelum mencipta kejutan di Finland.

Pada aksi yang berlangsung Energia Areena, Vantaa, beregu No. 8 dunia itu terpaksa ‘bermandi peluh’ selepas bangkit menundukkan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19 lewat malam kelmarin.

Izzuddin mengakui tidak mudah untuk melakar kemenangan hingga ke pentas final, namun persiapan dari segi fizikal dan mental membolehkan mereka mengatasi cabaran itu terutama mengatasi gandingan dari Denmark.

“Bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir dan final sememangnya perlawanan yang mencabar buat kami. Kami hanya mempersiapkan fizikal dan mental kami.

“Kami hanya fokus mental dan fizikal dalam perlawanan ini. Minggu ini juga sangat letih, jadi kami ambil satu demi satu perlawanan,” katanya kepada SPOTV Malaysia selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Sze Fei turut mengakui kunci kejayaan mereka di Finland adalah meletakkan kepercayaan tinggi kepada satu sama lain selain tidak memberikan banyak tekanan kepada diri sendiri.

Ini adalah kemenangan kedua Sze Fei-Izzudin yang terkenal dengan gelaran ‘DinFei’ dalam kalangan peminat tempatan, ke atas Astrup-Rasmussen dalam lapan pertemuan kerana kali terakhir mereka tewas di suku akhir Malaysia Masters pada Mei lalu.

Lebih manis, ia adalah gelaran ketiga Sze Fei-Izzuddin selepas menjuarai Terbuka China awal bulan lepas dengan membawa pulang AS$148,000 dan Terbuka Jepun (AS$62,900) pada Ogos lalu.

Secara keseluruhannya, hasil dari tiga gelaran tersebut termasuk Terbuka Arctic (AS$33,180), Sze Fei-Izzuddin kini telah meraih hadiah kemenangan berjumlah AS$244,080 atau kira-kira RM1.047 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI