fbpx

Bekas eksekutif kanan dicekup, minta rasuah hampir RM370,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas eksekutif kanan sebuah syarikat berkaitan petroleum dan gas selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM370,000.

Tindakan itu sebagai balasan bagi mendapatkan kontrak untuk melantik konsultan bagi syarikat berkenaan.

Perintah reman selama empat hari sehingga Jumaat ini dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan pada pukul 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

“Siasatan awal mendapati suspek yang ketika itu bertugas sebagai eksekutif kanan di syarikat berkaitan petroleum dan gas dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada empat individu.

“Ia bagi membolehkan mereka dilantik sebagai konsultan pakar geologi untuk kerja-kerja di syarikat tersebut,” katanya hari ini.

Sumber berkata, kesemua individu terbabit dibayar RM750 hingga RM2,100 sehari bergantung kepada kadar bayaran konsultan pakar geologi dan tawaran diputuskan syarikat suspek.

“Suspek disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan ke akaun bank suspek daripada akaun bank keempat-empat individu tersebut yang berjumlah RM150 hingga RM500 sehari,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI