fbpx

Banjir luar musim cemaskan penduduk, mangsa meningkat 1,287 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah rumah di Kampung Batu Kapor di Mentakab yang ditenggelami air hari ini.

TEMERLOH – Meskipun setiap tahun berhadapan dengan banjir namun pada tahun ini bencana itu mengejutkan penduduk beberapa buah kampung di Mentakab di sini kerana ia berlaku di luar musim tidak seperti kebiasaan yang berlaku bermula November.

Antara kampung yang terjejas teruk akibat banjir sejak tiga hari lalu di Mentakab ialah Kampung Batu Kapor, Kampung Sungai Buluh, Kampung Gajah Mati, Kampung Batu Hampar dan Kampung Lubok Kecemas di sini.

Kejadian banjir di luar jangkaan itu menyebabkan berlaku keadaan kelam kabut apabila penduduk sibuk mengemas dan memindahkan barangan masing-masing.

Tinjauan Kosmo! di kampung berkenaan hari ini mendapati keadaan banjir bertambah buruk apabila air semakin naik menyebabkan banyak rumah telah ditenggelami air.

Seorang penduduk Norehan Mohd Isa,60, berkata rata-rata penduduk terkejut dengan kejadian banjir yang tidak dijangka dengan keadaan air yang naik begitu cepat sehingga ada yang tidak sempat memindahkan barangan mereka seperti perabot dan barangan elektrik.

“Masing-masing hanya membawa kain baju dan dokumen penting berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

“Sehingga kini air terus naik dan kami sememangnya bimbang kejadian banjir besar akan berlaku lagi pada kali ini,”katanya di sini hari ini.

Katanya, kebiasaanya setiap tahun banjir akan berlaku di kampung itu bermula November hingga Januari dan tidak pernah berlaku pada Oktober seperti kali ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI