fbpx

Acara dukung isteri tawar hadiah 5 kali ganda berat pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta mendukung pasangan mereka dalam keadaan terbalik seperti beg galas. - Wife Carrying in North America

AUGUSTA, MAINE – Lebih 30 pasangan menyertai pertandingan mendukung isteri yang berlangsung di negeri Maine, Amerika Syarikat kelmarin, lapor saluran berita Sky News.

Acara dinamakan Kejohanan Mendukung Isteri Amerika Utara itu menyaksikan peserta perlu mendukung pasangan mereka sambil berlari melalui laluan air dan lumpur serta meredah kayu balak pada jarak 254 meter.

Kebanyakan peserta menggunakan teknik yang mana pasangan mereka didukung dalam keadaan terbalik seperti beg galas.

Tindakan itu bagi memastikan lengan mereka tidak perlu menampung beban yang berat.

Pemenang pertandingan tersebut membawa pulang hadiah stok minuman dan wang tunai dengan nilai menyamai lima kali ganda berat si isteri.

Kejohanan tersebut diilhamkan daripada legenda masyarakat Finland di mana seorang lelaki dikenali sebagai Ronkainen Si Pencuri, gemar merompak penduduk kampung dan melarikan wanita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI