fbpx

18 tahun kahwin, Fazley Yaakob sah sudah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazley mengesahkan sudah bercerai dengan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan yang lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengesahkan sudah bercerai dengan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan yang lalu.

Menurut Fazley, keputusan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri.

“Saya sendiri telah memfailkan perceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat.

“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, dia berkata, hubungan dengan bekas isterinya masih kekal baik dan masih sama sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.

Hasil daripada perkahwinan selama lapan belas tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 7 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI