fbpx

Tentera Korea Selatan siap sedia berperang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan askar Korea Utara melepaskan bedilan artileri di sebuah lokasi rahsia. –  STR / KCNA VIA KNS / AFP

SEOUL – Tentera Korea Selatan semalam ‘bersiap sedia sepenuhnya’ untuk bertindak balas selepas Korea Utara mengarahkan askarnya di sempadan supaya bersedia melepaskan tembakan susulan pertikaian mengenai penerbangan dron ke arah Pyongyang.

Korea Utara menuduh Korea Selatan menerbangkan dron di ruang udara Pyongyang untuk menggugurkan risalah propaganda.

Kelmarin Pyongyang memberi amaran sekiranya satu lagi dron dikesan, Korea Utara akan menganggapnya sebagai ‘pengisytiharan perang’.

Tentera Seoul menafikan pihaknya adalah dalang di sebalik pencerobohan dron itu.

Bagaimanapun, Korea Utara bertegas menyalahkan jirannya dan mengumumkan bahawa lapan briged artileri telah diberikan arahan untuk bersiap sedia melepaskan tembakan.

“Tentera kami memantau rapi situasi semasa dan bersiap sedia sepenuhnya untuk menangani provokasi Korea Utara,” kata jurucakap Ketua-Ketua Staf Bersama Korea Selatan(JCS), Lee Seong-joon dalam satu taklimat akhbar ringkas.

Korea Utara mendakwa bahawa dron propaganda Korea Selatan telah menceroboh ruang udara Pyongyang sebanyak tiga kali sejak beberapa hari lalu dengan adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Yo-jong mengancam ‘bencana buruk’ melainkan perbuatan itu dihentikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yo-jong berkata, penerbangan dron-dron itu tidak boleh dimaafkan dan merupakan perbuatan jahat terhadap negara Korea Utara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI