fbpx

SPRM sahkan dua lagi ‘safe house’ diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ketika menghadiri Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. -Foto: Ivan Amirul-

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dua lagi tempat penyimpanan wang digeledah sekitar ibu negara susulan serbuan ke atas sebuah pangsapuri didakwa dijadikan ‘safe house’ membabitkan seorang ahli politik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, serbuan pada malam Ahad itu berjaya menemui mata wang asing dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM321,000.

“Memang ada dua lagi tambahan ‘safe house’ yang diserbu sekali gus menemui wang tunai mata wang asing.

“Bagaimanapun, saya masih tidak boleh mendedahkan perkara dengan lebih terperinci. Hanya boleh maklumkan ada tambahan dua ‘safe house’ yang ada simpanan duit diserbu.

“Kira-kira SG$74,000 atau RM243,000 ditemui di salah sebuah rumah manakala satu lagi lokasi adalah di premis pejabat dengan penemuan sekitar RM78,000.

“Selain itu, maklumat yang diperoleh menyatakan terdapat juga wang dibuat pelaburan di Singapura,” katanya.

Azam berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Dalam pada itu, Azam juga tidak menolak mungkin ada penggeledahan seterusnya selepas ini berikutan siasatan masih dijalankan.

Terdahulu, Azam mengesahkan penemuan S$1.5 juta atau RM5 juta di sebuah pangsapuri yang dipercayai dijadikan sebagai ‘safe house’.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI