fbpx

RUU Jenayah Dalam Talian tangani aktiviti scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam proses menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Dalam Talian bagi membanteras sindiket penipuan dalam talian di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU tersebut akan diwujudkan selepas pembentangan Belanjawan 2025.

“Pada sesi ini kita akan wujudkan RUU Jenayah Dalam Talian selepas pembentangan Belanjawan 2025 supaya perkara-perkara dapat kita bahas dan luluskan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung scammer yang kini menumpukan penggunaan akaun syarikat sebagai akaun keldai.

Azalina berkata, RUU berkenaan bukan sahaja merangkumi jenayah telekomunikasi malah meliputi jenayah e-kewangan, love scam dan e-dagang serta pinjaman tidak wujud.

“Kita kena berhati-hati terutamanya dalam isu love scam, kadang-kadang kita bercinta ingatkan orang itu wujud tapi sebenarnya dia adalah kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan, dalam usaha untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan membuat pindaan ke atas Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)

Menurut beliau, ia bagi menangani kes jenayah siber khususnya mengenai kes penipuan kewangan melibatkan penggunaan akaun keldai yang semakin meningkat

“Pindaan kepada Kanun Keseksaan (Akta 574) melalui seksyen 424A, 424B dan 424C antara lain telah memasukkan peruntukan baharu berkaitan kesalahan mana-mana orang yang membenarkan bank akaunnya digunakan oleh orang lain tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah bagi menangani isu akaun keldai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI