fbpx

Ramai berebut mahu jadi pelajar pensyarah kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pensyarah bernama Zou Ming-da ini mengajar di Universiti Kristian Chung Yuan. - Agensi

TAIPEI – Seorang pensyarah sebuah universiti di Taoyuan, Taiwan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai wajah tampan yang disamakan dengan beberapa artis popular, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Pensyarah bernama Zou Ming-da itu mengajar di Universiti Kristian Chung Yuan.

Dia menjadi tular selepas seorang pelajar memuat naik gambarnya di laman sosial.

“Saya sudah belajar di Universiti Kristian Chung Yuan selama dua tahun tetapi tidak pernah melihat pensyarah setampan ini,” kata keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang menyamakan wajah Ming-da dengan beberapa artis popular.

Ia termasuk ahli kumpulan F4 yang terkenal dengan drama Meteor Garden terbitan tahun 2001, Vanness Wu. 

“Bolehkah saya mendaftar menjadi pelajar walau sudah berumur 28 tahun?” kata seorang netizen.

“Dengan wajah seperti itu, mungkin dia mempunyai ramai teman wanita,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI