fbpx

Polis tembak mati penjenayah di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi (tiga dari kiri) pada sidang akhbar di Ipoh hari ini berkenaan kejayaan anggota polis menumpaskan aktiviti pengedaran dadah di kawasan Chui Chak, di Langkap, Teluk Intan pada Khamis lalu. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan melibatkan seorang penjenayah di Kota Malim Prima dekat Tanjung Malim, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, setakat ini, pihaknya sedang mendapatkan butiran lanjut berhubung kejadian berkenaan.

“Saya sahkan ada menerima laporan kejadian tembak-menembak di mana seorang penjenayah telah mati ditembak oleh sepasukan polis dari Bukit Aman.

“Kes baru berlaku pagi tadi, saya akan lihat sama ada kenyataan akhbar berkaitan kes ini akan dikeluarkan oleh polis Perak atau Bukit Aman,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Difahamkan, mayat suspek berkenaan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI