fbpx

Pembalakan cetus banjir lebih dahsyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA penduduk meredah banjir di Kampung Tanjung Merbau di Baling, kelmarin.

SIK – Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) Kedah mendakwa aktiviti pembalakan yang telah dan sedang dilakukan di kawasan hutan simpan turut menyumbang kepada kejadian banjir yang teruk di Sik dan Baling.

Pengerusinya, Mohd Sobri Ramlee berkata, hutan yang digondolkan seperti di Hutan Simpan Rimba Teloi dan Bukit Enggang untuk dijadikan ladang hutan menyebabkan tiada lagi pokok yang berfungsi sebagai perintang sebelum air hujan sampai ke permukaan tanah.

Katanya, kawasan hutan itu antaranya dijadikan ladang musang king, ladang solar serta terdapat aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE).

“Hutan adalah penyerap air hujan terbaik yang mana aktiviti pembalakan secara cuci mangkuk mampu mencetuskan hakisan, serta banjir di kawasan kampung berhampiran. Lebih menakutkan apabila ia juga mampu menyebabkan kejadian kepala air atau banjir puing seperti di Iboi sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, beliau sama sekali tidak menolak fenomena alam menjadi faktor kepada kejadian banjir, namun mendakwa kerja-kerja hutan mengakibatkan bencana itu menjadi lebih dahsyat.

“Saya akui memang beberapa kawasan Sik dan Baling sering dilanda banjir, namun kita boleh lihat sekarang ini keadaan banjir yang menakutkan iaitu aliran deras air berlumpur serta dalam.

“Selepas banjir, kita boleh keadaan rumah yang dipenuhi lumpur yang tebal,” ujarnya.

Jelasnya, kejadian banjir yang melanda Pekan Sik juga disebabkan kawasan itu menjadi pertembungan Sungai Sik dari Hutan Simpan Bukit Enggang dan Sungai Chepir dari Hutan Simpan Rimba Teloi.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri Kedah dapat bertindak drastik dengan menghentikan semua aktiviti pembalakan dan melakukan kajian berhubung kesan daripada aktiviti itu kepada alam sekitar dan juga penduduk terlibat.

“Selain itu, kerja-kerja menanam tumbuhan tutup bumi serta pokok hutan bersesuaian perlu dilakukan dengan segera dan sempurna di kawasan yang telah digondolkan,” katanya.

Tambahnya, jika tiada tindakan pantas dilakukan, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku kepala air yang dahsyat di Sik seperti yang terjadi di Iboi pada Julai 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI