fbpx

Pemancing ‘tewaskan’ patin hanya dengan roti canai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan umpan roti canai berjaya menewaskan ikan patin oleh seorang pemancing.

PETALING JAYA – Seorang pemancing telah berkongsi ‘umpan rahsia’ untuk menjerat ikan patin sungai hanya dengan menggunakan roti canai.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, lelaki berkenaan mendakwa umpan terbabit berjaya ‘menaikkan’ ikan patin seberat hampir satu kilogram ketika memancing di sungai.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman media sosial itu, lelaki berkenaan memberitahu dia menggunakan roti canai separuh masak dicicah dengan kuah kari kambing.

Difahamkan roti canai yang dijadikan umpan itu tidak boleh garing kerana dikhuatiri akan mudah tercabut dari mata kail ketika berada di dalam air.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi tempat lelaki itu memancing, namun berdasarkan komen oleh pengguna media sosial kebiasaannya ‘port’ tersebut adalah sungai sekitar Selangor.

Malah, ada pengguna mengakui pernah mendapat ikan sedemikian di Sungai Langat dan Dengkil dengan hanya menggunakan umpan roti canai.

“Nampak macam kelakar, tapi patin Sungai Langat memang makan roti canai separuh masak hasil mesti ada,”dakwa Asrul Rull.

“Memang betul pun, kat situ memang ada jual roti canai khas untuk mancing ikan patin dekat Dengkil, lagi padu pada roti, kadang roti cepat lebur dalam air,”ujar Aisamudin Azman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang pengguna dikenali sebagai Muhammad Afiqzuddin.

“Memang betul pun, Sungai Dengkil ni ‘killer’ roti canai separuh masak jangan garing, Dah cuba memang menjadi,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI