fbpx

Parlimen laksana hari tanpa gula setiap Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Parlimen akan melaksanakan hari tanpa gula kepada semua kakitangan Parlimen dan Ahli Parlimen pada setiap Rabu bermula minggu ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, program itu bertujuan menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan Parlimen dan wakil rakyat.

“Hari tanpa gula ini bukan saja akan membabitkan kakitangan Parlimen, tetapi turut meliputi Ahli-ahli Parlimen juga.

“Ini selaras dengan kempen gaya hidup sihat yang perlu kita amalkan bersama. Ini termasuk air teh tarik,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Johari mengingatkan Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan merokok dan penggunaan rokok elektronik perlu melebihi jarak tiga meter dari bangunan Parlimen.

Jelas beliau, ia seiring dengan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lalu.

Selain itu, beliau memaklumkan, pemakaian batik lengan panjang hanya dibenarkan pada setiap hari Khamis dan Ahli Parlimen boleh tidak memakai tali leher semasa memakai `lounge suit’ dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, katanya, Parlimen telah melaksanakan projek Sistem Fotovolta Suria sebagai usaha menyokong dasar berkaitan tenaga boleh diperbaharui.

Ujar beliau, Parlimen Malaysia merupakan antara Parlimen terawal di dunia mengoptimumkan penggunaan tenaga solar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI