fbpx

Siapa buang ikan asing patin Siam dalam Tasik Bandaraya Shah Alam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Jabatan Perikanan (DOF) Selangor kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang melepaskan ikan asing jenis Patin Siam di Tasik Bandaraya Seksyen 14 di sini, baru-baru ini.

Pengarahnya, Noraisyah Abu Bakar berkata, tindakan ini bukan sahaja mengancam ekosistem tasik tetapi juga menimbulkan risiko kepada spesies tempatan dan keseimbangan biodiversiti.

“Pelepasan ikan asing tanpa kawalan boleh mengakibatkan persaingan sumber makanan dan habitat dengan spesies tempatan.

“Malah, ia boleh membawa penyakit baru yang boleh menjejaskan populasi ikan asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular pelepasan spesies ikan asing tersebut atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus untuk satu pertandingan memancing pada hujung bulan.

Justeru, Noraisyah menggesa orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya melepaskan ikan asing atau haiwan lain ke dalam tasik atau mana-mana sumber air awam.

Tambahnya, pihak berkuasa juga akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mencegah tindakan seumpama ini daripada berulang.

“Mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuat pelepasan umum, dinasihatkan merujuk Jabatan Perikanan terlebih dahulu bagi memastikan spesies ikan yang hendak dilepaskan itu adalah spesies ikan asli Malaysia di perairan tersebut.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan kelestarian ekosistem tasik dan perlindungan spesies tempatan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI